Popular Posts

Saturday, November 12, 2011

BENARKAH?


Engkau yg pertama
Tiada akhirnya,
Walau dlm kegelapan engkaulah cahaya

Terngiang-ngiang lagu ni di fikiran. Mengamati setiap bait kata-katanya. Bagaimankah kecintaan kita pada yg Esa. Ya, Cinta pada Allah yg satu. Dia yg pertama dan tiada selainnya. Sejajar dengan kalimah syahadah yg kita ucapkan "Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah" bila ungkapan ini disebut.. beerti hanya kepadanya kita menyerahkan diri. Hidup ini semata2 utk mengabdikan diri kepadaNya. Melakukan amar ma'ruf nahi mungkar. Menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi ini. Bumi yg dipinjamkan dengan nikmat yg melimpah ruah di dalamnya.

Sungguh manusia bertuah kerana diberi kesempatan merasai nikmat di dunia ini. Namun kelekaan membawa kemudharatan. Kesyukuran membawa ketenangan hidup.

Dunia penuh dengan ujian. Kata org "bumi ini seperti gelanggang imtihan (peperiksaan). Kita berjuang bermati-matian utk berjaya di akhirat kelak, yg menentukan syurga atau neraka". Sejauh mana kita berjaya bergantung pada persiapan dan perisai yg kita gunakan dalam menempuh segala bentuk ujian. Itulah dia Iman dan Taqwa pelengkap diri meniti kehidupan yg penuh cabaran. Namun, manusia juga diingatkan supaya tidak hanya mengejar ukhrawi. Perlu diseimbangkan tuntutan duniawi dan ukhrawi seperti yg telah ditetapkan pencipta. Hanya kepadaNya sahaja kita berhak memohon diberikan kekuatan, keberanian dan keyakinan diri. Al-Quran dan sunnah sebagai panduan. Ikutan sepanjang zaman.


Satu novel yg ingin dikongsi, mudah2an memberi tarbiah kepada kita sedikit sebanyak. Novel Rona-rona Cinta Damascus ada kelebihan yg tersendiri. Mengisahkan Manal Husna sebagai watak utama, pelajar yg menuntut di bumi Syria menghadapi konflik hidup yg hebat. Percintaan, perjuangan menuntut ilmu, cabaran hidup di negara asing cukup banyak mengajarnya erti kehidupan yg sebenar. Dugaan yg diterima benar-benar menguji kecintaannya, ketabahannya dan keimanannya kepada Allah.



No comments:

Post a Comment