Popular Posts

Saturday, November 12, 2011

BENARKAH?


Engkau yg pertama
Tiada akhirnya,
Walau dlm kegelapan engkaulah cahaya

Terngiang-ngiang lagu ni di fikiran. Mengamati setiap bait kata-katanya. Bagaimankah kecintaan kita pada yg Esa. Ya, Cinta pada Allah yg satu. Dia yg pertama dan tiada selainnya. Sejajar dengan kalimah syahadah yg kita ucapkan "Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah" bila ungkapan ini disebut.. beerti hanya kepadanya kita menyerahkan diri. Hidup ini semata2 utk mengabdikan diri kepadaNya. Melakukan amar ma'ruf nahi mungkar. Menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi ini. Bumi yg dipinjamkan dengan nikmat yg melimpah ruah di dalamnya.

Sungguh manusia bertuah kerana diberi kesempatan merasai nikmat di dunia ini. Namun kelekaan membawa kemudharatan. Kesyukuran membawa ketenangan hidup.

Dunia penuh dengan ujian. Kata org "bumi ini seperti gelanggang imtihan (peperiksaan). Kita berjuang bermati-matian utk berjaya di akhirat kelak, yg menentukan syurga atau neraka". Sejauh mana kita berjaya bergantung pada persiapan dan perisai yg kita gunakan dalam menempuh segala bentuk ujian. Itulah dia Iman dan Taqwa pelengkap diri meniti kehidupan yg penuh cabaran. Namun, manusia juga diingatkan supaya tidak hanya mengejar ukhrawi. Perlu diseimbangkan tuntutan duniawi dan ukhrawi seperti yg telah ditetapkan pencipta. Hanya kepadaNya sahaja kita berhak memohon diberikan kekuatan, keberanian dan keyakinan diri. Al-Quran dan sunnah sebagai panduan. Ikutan sepanjang zaman.


Satu novel yg ingin dikongsi, mudah2an memberi tarbiah kepada kita sedikit sebanyak. Novel Rona-rona Cinta Damascus ada kelebihan yg tersendiri. Mengisahkan Manal Husna sebagai watak utama, pelajar yg menuntut di bumi Syria menghadapi konflik hidup yg hebat. Percintaan, perjuangan menuntut ilmu, cabaran hidup di negara asing cukup banyak mengajarnya erti kehidupan yg sebenar. Dugaan yg diterima benar-benar menguji kecintaannya, ketabahannya dan keimanannya kepada Allah.



Saturday, October 29, 2011

MENCARI CAHAYA

Gelapnya...
Macam mane nak jalan kalau tak ade cahaya?
Ape pun tak nampak.

Begitulah lebih kurang dialog yg dilemparkan bila blackout...
Am I right?
Aha... samalah macam minda kita, kalau tidak dipenuhi ilmu, bukankah sukar berhadapan dengan apa jua bentuk situasi?

Jika ilmu tidak dicari bagaimana minda mampu berfungsi. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Dari Ibnu Abbas r.a katanya "Sabda Rasulullah s.a.w : Ramai orang yg lalai terhadap 2 nikmat iaitu nikmat SIHAT dan nikmat WAKTU LAPANG"
(Riwayat Al-Bukhari)

Cuba kita muhasabah diri seketika, adakah kita menghargai kedua2 nikmat yg Allah berikan ini?Dikala kita lapang, apa yg kita lakukan?
Adakah.............
1)Main game (syoknnye game ni, jap lg la aku solat. Sedar2 terlepas waktu solat)
2) Melepak di pusat hiburan (ala, xcukup la 5 lagu nk karok, tambah 5 lg la... hehe..)
3) Facebook (dari pagi sampai malam tak bergerak kecuali makan, minum n g toilet.. adeh...)
4) Menonton TV program yg memberi kredit pada diri (uish, bagus rancangan Tanyalah Ustaz ni... aku tak nak miss seminit pun)
5)Membaca buku yg bermanfaat ?

Jika jwpan anda 4 & 5, 4 atau 5, tahniah..... anda memanfaatkan nikkmat yg Allah beri dengan cara yg betul. Alhamdulillah


Jika jwpan anda 1-3, maka perbetulkan ketidakseimbangan di situ dan manfaatkan kemudahan yg ada dengan cara yg betul supaya kita tidak mempersiakan nikmat yg 2 itu.. nikmat SIHAT dan nikmat MASA LAPANG.

Aku cerita panjang2 ni sebenarnye bukan ape, cuma nk ajak kawan2 mengunjungi pesta2 buku yang diadakan di luar sana. Hehe... Insyaallah mendapat serba sedikit manfaatnye...

Banyak buku-buku yang berguna utk menambah ilmu di dada... Agak sedih sedikit bila tidak ramai yg mengunjungi tempat sebegini. Tapi kalau kat konsert lagu ke stadium bola sepak ke, berduyun2 manusia yg datang.

Seeloknya seimbangkan apa yg kita lakukan. Jangan lebihkan sesuatu sehingga mengabaikan yg satu lagi... Berfikirlah seperti orang yg berilmu berfikir. Insyaallah... semoga kita sentiasa di jalan yg betul.... 

Wallahualam..